Kuala Lumpur, 12 Disember - Perbahasan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diadakan pada minggu ini telah mengundang banyak persoalan, bantahan, cadangan dan juga kritikan. Namun begitu ada juga nada yang menghina golongan yang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara pada masa hadapan iaitu mahasiswa.
Ahli sekretariat Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA), saudara Ridzuan Mohammad berasa kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Pasir Salak, YB Dato’ Tajuddin Abd Rahman yang mengatakan golongan mahasiswa pada hari ini adalah golongan pemalas dan tidak ikut isu-isu semasa.
Saudara Ridzuan menyatakan tidak seharusnya seorang ahli parlimen mengeluarkan kenyataan begini kerana seolah-olah semua mahasiswa hari ini tidak berguna dan tidak berkualiti kepada negara dengan tidak menunjukkan bukti yang kukuh. Hujah yang dikemukan itu tidak ada bukti yang jelas dan hanya berdasar pemerhatian kepada mahasiswa-mahasiswa yang hadir temuduga untuk masuk bekerja di kolej swasta beliau (Kolej YB Pasir Salak) iaitu sebahagian kecil sahaja.
Saudara Ridzuan, menggesa supaya YB Pasir Salak menarik balik kenyatan tersebut dan memohon maaf kepada mahasiswa sekiranya beliau betul-betul serius dan jujur mengenai pandangan beliau dalam isu pindaan AUKU.
Ahli-ahli parlimen samada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) seharusnya berbahas isu pindaan AUKU ataupun isu-isu lain dalam Dewan Rakyat secara rasional dan bukti-bukti serta hujah yang kuat bukannya secara emosional dan pemerhatian secara umum.
Ini kerana ahli-ahli parlimen dinilai oleh rakyat dengan kenyataan yang dikeluarkan. Janganlah berbahas isu AUKU ini yang berkaitan golongan cerdik pandai dan juga berpendidikan ini seperti berbual di kedai kopi, tegas Ridzuan. -Mahasiswakini
adeeeii laaaaaaaaaa cne laa dia ley kluarkn statement xberasas neh.. pe dia igt mhsswa skg neh mcm ank2 dia ke? i tell u laa dato',kt0rg ni nmpk je poyo+mls, tp time study, kt0rg study..ape daaaa.. xpsl2 ak kne tempias neh..td da kne ceramah ngn cgu nasir. dia suh ak bc artikel2 n NST.. ak syp je tp lam hati wakakakakakakah nk tgelak. mase ak bc paper psl ni ari tuh mmg da bjet abh ak mst nk potpet kt ak.. haha kn btui ak ckp..well,i noe my abah very well.. hehek. seb bek dia suh ak bc nst n article je. mir0 lg teruk kne.. tgh2 syok mir0 tgh on9, tbe2 bpk ak 'miro acu baco teh buku2 agama tuh..dk ngadap gotuh jah 24jam' hahahahahahha kne bc buku agama seyhh!!
No comments:
Post a Comment